INFORMASI
Pengenalan
HADIS Children Therapy menyediakan penilaian, terapi, konsultasi, khidmat komuniti, kolaborasi, seminar, pameran, dan Modul H.A.D.I.S untuk menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui intervensi profesional dan penglibatan komuniti.
Tentang
HADIS Children Therapy
HADIS Children Therapy (HADIS) merupakan sebuah pusat terapi yang menyediakan perkhidmatan terapi carakerja (OT), program intervensi awal (EIP) dan juga After School Program untuk pelajar berkeperluan khas.
Pengenalan
HADIS ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada bulan Januari 2020.
HADIS berkomitmen untuk menyediakan modul pembelajaran yang menyeluruh. Antara elemen utama dalam modul ini termasuklah perkembangan motor kasar, motor halus, kognitif, personal-sosial, pengurusan diri, kemahiran domestik, serta kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).
Modul H.A.D.I.S pula diperkenalkan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti pembelajaran dan terapi dan telah terbukti keberkesanannya dalam membantu pelajar berkeperluan khas mencapai potensi sebenar.
Matlamat utama HADIS adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu berdikari, bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan menengah, malah hingga ke peringkat vokasional. Kami berusaha membimbing pelajar agar dapat mencapai tahap keupayaan yang membolehkan mereka berdikari dan menyumbang secara produktif kepada masyarakat.
Pengiktirafan
Human Resource Development (HRD) Corporation Award - SME Employer
HADIS Children Therapy (HADIS) telah dinobatkan sebagai Pemenang HRD Corp Award 2025 bagi kategori SME Employer (Northern Region).
Pengiktirafan & Anugerah
Anugerah berprestij ini telah disampaikan sempena Majlis Makan Malam Gala HRD Corp 2025 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 26 November 2025.
Memperkasa Modal Insan & Kecemerlangan Terapi
Anugerah HRD Corp merupakan pengiktirafan tertinggi di Malaysia dalam pembangunan modal insan.
Kejayaan di peringkat kebangsaan ini menjadi bukti kukuh terhadap dedikasi berterusan kami dalam:
🧩 Perkhidmatan Intervensi Awal & Terapi Cara Kerja:
Menyediakan sokongan perkembangan holistik dan berkualiti tinggi bagi anak-anak.
🤝 Pembangunan Bakat & Kepimpinan:
Memupuk kepakaran dan keupayaan warga kerja kami secara berterusan.
🇲🇾 Komitmen Kepada Negara:
Menyumbang ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang inklusif, prihatin, dan bersedia menghadapi masa depan.
Kejayaan Bersama Komuniti Kami
Anugerah ini adalah hasil sokongan padu dan kepercayaan daripada seluruh ekosistem HADIS Children Therapy.
Pasukan Kami
Menyediakan sokongan perkembangan holistik dan berkualiti tinggi bagi anak-anak.
👶 Pelajar dan Ibu Bapa
Kepercayaan berterusan untuk kami membimbing perjalanan perkembangan anak anda.
🩺 Rakan Profesional
Kolaborasi erat dalam memastikan standard perkhidmatan terapi berada pada tahap tertinggi.
Mengapa Pilih HADIS?
Kami di HADIS Children Therapy percaya setiap anak mempunyai potensi untuk berkembang dengan sokongan yang tepat. Sama ada untuk intervensi awal, persediaan sekolah, terapi khusus, atau program sokongan komuniti – kami sedia membantu!
Inginkan yang terbaik untuk anak anda?
Jangan tunggu lagi, berikan anak anda peluang terbaik untuk berkembang dengan yakin & berdikari.