INFORMASI
Latar Belakang
HADIS Children Therapy (HADIS) telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula beroperasi secara rasmi pada Januari 2020. Penubuhan HADIS bermula daripada keinginan untuk memberi kepuasan dalam bidang kerjaya sebagai Terapis Carakerja.
Sejarah
HADIS Children Therapy
HADIS lahir daripada keinginan untuk memberi kepuasan dalam kerjaya sebagai Terapis Carakerja, dengan misi utama menyediakan perkhidmatan terapi yang disesuaikan mengikut keperluan setiap anak berkeperluan khas.
Penubuhan HADIS
HADIS ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada bulan Januari 2020 di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Misi utama penubuhan HADIS adalah untuk menyediakan perkhidmatan terapi yang disesuaikan mengikut keperluan setiap anak berkeperluan khas. Terapi yang ditawarkan disusun secara individu, menggunakan modul carakerja yang komprehensif dan menyeluruh.
Perjalanan Awal
Pada peringkat awal (Januari – Mac 2020), HADIS memberi fokus penuh kepada terapi individu. Namun, dengan meningkatnya kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan intervensi awal, permintaan terhadap Program Intervensi Awal (EIP) dan Program After School mula melonjak. Bermula Mac 2020, HADIS telah memperluaskan perkhidmatan dengan menambah dua program utama tersebut demi memenuhi keperluan komuniti setempat.
Terkini, HADIS turut menawarkan dua (2) program tambahan iaitu, HANEN Program dan School Readiness Program (SRP).
Matlamat
HADIS Children Therapy
Matlamat utama HADIS adalah melahirkan pelajar yang mampu berdikari dan menyesuaikan diri di pelbagai peringkat pendidikan – dari prasekolah, sekolah rendah, menengah hingga vokasional.
-
Bagi pelajar low–moderate functioning
HADIS berhasrat membimbing mereka sehingga mampu bekerja di pelbagai sektor, dengan sokongan dan pemantauan serta ganjaran sewajarnya.
-
Bagi pelajar moderate–high functioning
HADIS menyokong mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil, diploma atau ijazah mengikut minat dan kebolehan.
Aspirasi HADIS
Dengan sokongan ibu bapa, komuniti, dan pihak berkepentingan, HADIS bertekad untuk terus berkembang menjadi pusat terapi contoh. HASILNYA, bukan sahaja anak-anak berkeperluan khas mendapat manfaat, malah masyarakat juga menerima impak positif melalui sumbangan yang berterusan.
Inginkan yang terbaik untuk anak ada?
Jangan tunggu lagi, beri anak anda peluang terbaik untuk berkembang dengan yakin & berdikari.