INFORMASI
Pengenalan
HADIS Children Therapy menyediakan penilaian, terapi, konsultasi, khidmat komuniti, kolaborasi, seminar, pameran, dan Modul H.A.D.I.S untuk menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui intervensi profesional dan penglibatan komuniti.
Tentang
HADIS Children Therapy
HADIS Children Therapy (HADIS) merupakan sebuah pusat terapi yang menyediakan perkhidmatan terapi carakerja (OT), program intervensi awal (EIP) dan juga After School Program untuk pelajar berkeperluan khas.
Pengenalan
HADIS ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada bulan Januari 2020.
HADIS berkomitmen untuk menyediakan modul pembelajaran yang menyeluruh. Antara elemen utama dalam modul ini termasuklah perkembangan motor kasar, motor halus, kognitif, personal-sosial, pengurusan diri, kemahiran domestik, serta kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).
Modul H.A.D.I.S pula diperkenalkan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti pembelajaran dan terapi dan telah terbukti keberkesanannya dalam membantu pelajar berkeperluan khas mencapai potensi sebenar.
Matlamat utama HADIS adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu berdikari, bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan menengah, malah hingga ke peringkat vokasional. Kami berusaha membimbing pelajar agar dapat mencapai tahap keupayaan yang membolehkan mereka berdikari dan menyumbang secara produktif kepada masyarakat.
Mengapa Pilih HADIS?
Kami di HADIS Children Therapy percaya setiap anak mempunyai potensi untuk berkembang dengan sokongan yang tepat. Sama ada untuk intervensi awal, persediaan sekolah, terapi khusus, atau program sokongan komuniti – kami sedia membantu!
Inginkan yang terbaik untuk anak ada?
Jangan tunggu lagi, beri anak anda peluang terbaik untuk berkembang dengan yakin & berdikari.