PROGRAM
School Readiness Program (SRP)
HADIS Children Therapy menawarkan School Readiness Program (SRP) untuk memberi peluang kepada murid mempelajari kemahiran bermain, motor kasar, motor halus , kemahiran sosial , messy play, water play dan pengurusan diri (ADL). Program ini disusun untuk pelajar berkeperluan khas (special needs).
Tentang
School Readiness Program (SRP)
Apakah School Readiness Program (SRP)?
SRP ialah program persediaan ke sekolah khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas (special needs).
Apakah Objektif SRP?
Melatih kemahiran sosial dan interaksi.
Meningkatkan kesediaan ke sekolah.
Membina keyakinan diri melalui aktiviti bermain dan pembelajaran.
Manfaat School Readiness Program (SRP)
SRP membantu anak membina asas penting supaya mereka lebih bersedia, berdikari, dan gembira apabila masuk ke alam persekolahan nanti.
Anak lebih berdikari
Kemahiran sosial meningkat
Kekuatan motor kasar & halus berkembang
Lebih yakin & seronok belajar
Persediaan sebenar ke sekolah
Struktur
School Readiness Program (SRP)
School Readiness Program (SRP) berstruktur dengan nisbah kecil 1:2, sesi 2 jam dua kali sebulan, fokus pada kemahiran sosial, motor, sensori, dan pengurusan diri bagi persediaan sekolah.
-
1 pengajar / interventionist : 2 murid
Memberi lebih fokus dan perhatian individu kepada setiap anak, tetapi masih dalam bentuk kumpulan kecil supaya anak belajar berinteraksi dengan rakan sebaya.
-
Durasi setiap sesi: 2 jam
Sesi pagi: 9.00 pagi – 11.00 pagi
Sesi petang: 2.00 petang – 4.00 petang
-
Kekerapan: 2 kali sebulan (setiap Ahad)
Anak mendapat latihan konsisten tanpa terlalu membebankan masa.
-
Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
Fasa umur yang sangat penting kerana mereka bakal memasuki prasekolah atau tahun 1, jadi latihan awal membantu mengurangkan jurang kesediaan.
Fokus
School Readiness Program (SRP)
School Readiness Program (SRP) memberi tumpuan kepada enam (6) aktiviti dan fokus utama dalam membantu perkembangan awal kanak-kanak bagi membina keyakinan, kemahiran sosial, motor, sensori, serta pengurusan diri sebelum memasuki sekolah.
Kemahiran Bermain (Play Skills)
- Anak belajar cara bermain secara individu dan berkumpulan.
- Melibatkan aktiviti kreatif seperti permainan peranan, menyusun blok, dan permainan imaginatif.
- Membantu perkembangan kognitif, kreativiti, dan kefahaman tentang peraturan asas permainan.
Kemahiran Motor Kasar & Motor Halus
- Motor kasar: Melibatkan pergerakan besar seperti melompat, berlari, merangkak, dan menyeimbangkan badan.
Motor halus: Aktiviti menggunakan jari dan tangan seperti mewarna, menulis, menggunting, atau menyusun puzzle kecil.
Kemahiran Sosial
Anak dilatih untuk berkongsi mainan, menunggu giliran, dan berkerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
- Membina kemahiran komunikasi asas, keyakinan diri, serta kebolehan mengawal emosi ketika berinteraksi dengan rakan sebaya.
Messy Play (Aktiviti Sensori dengan Bahan Kotor/Lembut)
Aktiviti seperti bermain pasir, cat, tanah liat, atau doh.
- Memberi pengalaman sensori yang membantu anak lebih peka, berani mencuba, dan mengurangkan sensitiviti terhadap tekstur tertentu.
Juga menggalakkan kreativiti dan eksplorasi bebas.
Water Play (Aktiviti Air)
Melibatkan permainan dengan air, seperti menuang, memindahkan, atau bermain dengan bekas berisi air.
- Membantu koordinasi tangan–mata, fokus, kawalan pergerakan, dan juga memberi keseronokan.
- Merangsang deria sensori sambil menenangkan emosi anak.
ADL – Pengurusan Diri (Activities of Daily Living)
Latihan asas berdikari seperti memakai kasut, menyimpan barang, mencuci tangan, dan menjaga kebersihan diri.
- Membina rutin harian yang penting sebelum anak memasuki sekolah.
Menggalakkan anak lebih yakin dan tidak terlalu bergantung kepada orang dewasa.
Belajar Sambil Bermain, Bersedia ke Sekolah dengan Yakin!
Kesemua aktiviti ini disusun secara berstruktur tetapi menyeronokkan, supaya kanak-kanak dapat belajar sambil bermain, menguasai kemahiran penting, dan lebih bersedia untuk menghadapi suasana persekolahan sebenar.
Inginkan yang terbaik untuk anak ada?