Early Intervention
Program (EIP)
Maksimumkan Potensi Perkembangan
Memberi sokongan awal supaya pelajar dapat mencapai tahap perkembangan yang optimum.
Akademik, Sosial, Kendiri & Fizikal
Membantu perkembangan akademik, sosial, emosi, fizikal dan kemahiran hidup pelajar.
After School
Program
After School
Program
Akademik, Sosial, Kendiri & Fizikal
Membantu perkembangan akademik, sosial, emosi, fizikal dan kemahiran hidup pelajar.
II
HANEN Program
Latihan Komunikasi & Interaksi
Melatih ibu apa untuk menggunakan kaedah pengajaran HANEN dalam proses intervensi
School Readiness Program (SRP)
Program Kesediaan ke Sekolah
Membantu pelajar melalui pelbagai aktiviti: bermain, kemahiran motor, sosial, messy play, water play, dan pengurusan diri.




Tentang
HADIS Children Therapy
HADIS Children Therapy (HADIS) merupakan sebuah pusat terapi yang menyediakan perkhidmatan terapi carakerja (OT), program intervensi awal (EIP) dan juga After School Program untuk pelajar berkeperluan khas.
Pengenalan
HADIS ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada bulan Januari 2020.
HADIS berkomitmen untuk menyediakan modul pembelajaran yang menyeluruh. Antara elemen utama dalam modul ini termasuklah perkembangan motor kasar, motor halus, kognitif, personal-sosial, pengurusan diri, kemahiran domestik, serta kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).
Modul H.A.D.I.S pula diperkenalkan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti pembelajaran dan terapi dan telah terbukti keberkesanannya dalam membantu pelajar berkeperluan khas mencapai potensi sebenar.
Matlamat utama HADIS adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu berdikari, bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan menengah, malah hingga ke peringkat vokasional. Kami berusaha membimbing pelajar agar dapat mencapai tahap keupayaan yang membolehkan mereka berdikari dan menyumbang secara produktif kepada masyarakat.










Matlamat
HADIS Children Therapy
Matlamat utama HADIS adalah melahirkan pelajar yang mampu berdikari dan menyesuaikan diri di pelbagai peringkat pendidikan – dari prasekolah, sekolah rendah, menengah hingga vokasional.
-
Bagi pelajar low–moderate functioning
HADIS berhasrat membimbing mereka sehingga mampu bekerja di pelbagai sektor, dengan sokongan dan pemantauan serta ganjaran sewajarnya.
-
Bagi pelajar moderate–high functioning
HADIS menyokong mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil, diploma atau ijazah mengikut minat dan kebolehan.






Visi
HADIS Children Therapy
HADIS bertekad untuk menjadi pusat rujukan utama dalam menyediakan program serta perkhidmatan terapi yang holistik, profesional, dan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Inspirasi kami:


-
Ke Arah Pembangunan Menyeluruh
Kami percaya setiap kanak-kanak memiliki potensi yang istimewa. Justeru, visi kami adalah untuk membentuk individu yang:
-
Mampu berdikari dalam urusan harian dan kehidupan seharian.
-
Menguasai kemahiran urus diri yang penting untuk kelangsungan hidup.
-
Mencapai potensi tertinggi dalam bidang kognitif, sosial, emosi, serta motor halus dan kasar.
-
Pusat Terapi Berdaya Saing & Inovatif
Kami beraspirasi untuk menjadi sebuah pusat terapi yang:
-
Berdaya saing dalam menawarkan program berasaskan bukti dan amalan terbaik.
-
Memberi impak positif kepada masyarakat melalui intervensi awal dan pendidikan inklusif.
-
Menerapkan inovasi dalam setiap pendekatan terapi agar lebih berkesan dan menyeronokkan bagi kanak-kanak.




Misi
HADIS Children Therapy
Di HADIS, kami memahami bahawa setiap anak adalah unik. Oleh itu, misi kami dirangka untuk memberdayakan kanak-kanak berkeperluan khas serta menyokong keluarga mereka dalam perjalanan perkembangan anak.


-
Membina Kebebasan & Keyakinan
Kami berkomitmen untuk membantu anak-anak agar mereka:
-
Berkembang dengan baik di rumah, sekolah, dan komuniti.
-
Menguasai kemahiran asas kehidupan harian, seperti penjagaan diri, bermain, dan penglibatan aktif di sekolah.
-
Membangun keyakinan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan dengan positif.
-
Pendekatan Berpusatkan Keluarga
Kami percaya ibu bapa dan keluarga adalah rakan strategik utama dalam perkembangan anak. Maka, HADIS menyediakan:
-
Penjagaan yang disesuaikan dengan keperluan unik setiap anak dan keluarga.
-
Sokongan profesional berterusan dari pasukan terapis yang berdedikasi.
-
Kolaborasi erat dengan sekolah, komuniti, dan institusi lain untuk memastikan perkembangan anak lebih menyeluruh.
-
Membimbing ke Arah Masa Depan
Pasukan profesional HADIS berdedikasi untuk membimbing kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan mereka. Kami memastikan mereka dapat:
-
Mencapai tahap perkembangan yang signifikan.
-
Menikmati pengalaman bermain yang bermakna.
-
Bersedia menghadapi cabaran pendidikan dan sosial.


Program
HADIS Children Therapy
Mulakan perjalanan hebat anak anda dengan mengikuti program hebat di HADIS. Segalanya yang terbaik untuk perkembangan anak anda.
Early Intervention Program (EIP) di HADIS Children Therapy ialah program khas untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun yang bertujuan menyokong perkembangan awal secara menyeluruh.
After School Program dilaksanakan menggunakan Modul H.A.D.I.S yang komprehensif dengan menggabungkan pelbagai aktiviti pembelajaran dan terapi.
After School Program dilaksanakan menggunakan Modul H.A.D.I.S yang komprehensif dengan menggabungkan pelbagai aktiviti pembelajaran dan terapi.
HANEN Program memberi latihan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menggunakan strategi komunikasi berkesan dengan anak dengan kelewatan bahasa atau komunikasi.
School Readiness Program (SRP) ialah program persediaan ke sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas (special needs) dengan memberi tumpuan kepada 6 aktiviti utama.


Inginkan yang terbaik untuk anak ada?

Pertanyaan & Maklum Balas
HADIS Children Therapy
Kami Sedia Mendengar & Membantu Anda.
Sila isi borang di bawah untuk menghantar pertanyaan atau maklum balas anda. Pasukan kami akan memberi respon dalam masa terdekat.
